Friday, June 18, 2010

Cersapen9: Melihat Kampung Zubassar

Hari kelam, Matahari mula ingin terbenam. Begitu kekuasaan Allah mengatur langkah Matahari sehingga tak pernah sedikit pun ingin menentang kehendak Allah. Begitupun manusia tidak pernah ingin mengambil pengajaran tentang ketaatan Matahri. Hingga sampai berbangga dengan penentangan pada Allah secara terang-terangan. Bukankah Matahari itu lebih besar berbanding tubuh manusia? Padahal jika Allah mahu, bila-bila sahaja dia dapat menyuruh si Matahari yang taat menghempap badan manusia. Berjuta-juta manusia akan hancur luluh berkecai menjadi abu tak bermakna.

Senja itu, kuda hitam yang membawa dua manusia berjalan perlahan-lahan. Mungki penat berlari dengan jarak yang agak jauh. Si pembawa kuda dihadapan terus memandang kehadapan dan memasang telinga dengan teliti biarpun perjalannya dari tadi agak jauh.

Aku mula bangun dari tidurku. Tidak dapat melihat dengan bungkusan di kepala yang menutupi mataku. Apakah hari ini siang, atau malam. Namun aku seperti tahu cahaya Matahari yang tidak terlampau hangat ini sepertinya sudah masuk waktu senja.

“Kita sudah ingin sampai”, lelaki berkuda ini mula bersuara kembali. Setelah itu dia memberhentikan kudanya.Dia turun dari kudanya dan membiarkan aku di atas kuda itu.

“Kamu harus tunduk”. Aku akur dengan arahannya. Aku membaringkan badanku di atas kuda. Lalu dia menutupi badanku dengan sehelai kain. Aku hanya diam. Dia lalu menarik kuda itu sambil berjalan kaki. Seteah beberapa minit perjalanan, aku mendengar suara riuh dihadapan.

“Kita sudah sampai ke pintu hadapan Kampung Zubassar”, lelaki itu memberitahuku. Aku hanya diam. Setelah itu seakan kami melalui pintu hadapan dan kuda itu pun berhenti.

“Apa yang kamu bawa ini?”, terdengar suara lelaki yang bengis bertanya pada sang lelaki kemungkinan seorang penjaga pintu hadapan kampung.

“Barang dagangan untuk si Raja”, mendengar jawapan lelaki itu aku jadi takut. Mukaku pucat dan berpeluh di sebalik kain. Aku tidak tahu apakah yang akan terjadi pada aku nanti.

“Biar aku lihat”, lelaki penjaga pintu itu mula ingin menyelak kain yang menutup diriku itu. Namun tangannya ditahan oleh lelaki yang berkuda itu.

“ Tak perlu, apakah kamu tak percayakan aku? Hadiah ini hanya untuk dipertunjukkan pada si Raja”.

Lelaki penjaga pintu itu akur dan membiarkan kami berlalu. Aku begitu risau dengan keadaanku sekarang. Menyesal kerana mengikuti orang yang tidak aku kenali. Apakah perjalananku akan berakhir di sini ?

“Kamu jangan khuatir. Pengawalan di sini amat ketat. Aku hanya ingin mengelirukan si penjaga pintu itu”, seolah mengetahui keresahan aku, lelaki itu membisikkan padaku. Aku begitu lega dengan penjelasannya. Kepercayaanku pada lelaki itu kembali semula.

Selepas kami berjalan di kawasan yang riuh rendah seperti sebuah pekan, kuda itu terheti di sebuah tempat yang hanya kedengaran bunyi burung dan angin. Terdengar juga bunyi aliran sungai . Bunyinya sahaja sudah menenangkan hatiku.

“Kita sudah sampai di rumahku”, lelaki itu membuka kain yang menutup badan ku. Lalu dia menurunkanku dari kuda. Kuda dibawa ke suatu tempat mungkin ke kandang atau diikat di suatu pokok. Aku juga terdengar bunyi sekumpulan ayam, itik dan kambing. Lelaki itu kemudian menarik dan membawa aku masuk ke dalam rumahnya.

“Siapakah yang kamu bawakan ini?”, suara perempuan seperti kerisauan yang tampil di hadapanku.

“Kamu jangan risau. Masuklah ke dalam”. Sepertinya suara itu adalah isteri si lelaki ini.

“Kamu berehatlah di sini”, lelaki itu membawa aku ke dalam sebuah bilik. Aku duduk di sebuah katil yang sudah nipis tilamnya. Aku terbaring kepenatan di situ. Seketika selepas itu lelaki itu kembali datang. Dia menyuruhku berbaring. Mula menanggalkan kain yang membalut kepala dan mataku. Seketika dia meletakkan kain yang dibasahi dengan air suam dan menyapu lembut ke mataku. Terasa nyaman dan pedihnya lama-kelamaan hilang.

“Sekarang kamu boleh buka mata”.Dengan perlahan-lahan aku membuka mataku. Cahaya yang terang menyilaukan mata. Untuk pertama kali aku merasakan kabur, namun setelah itu penglihatanku semakin jelas. Semakin lama kelibat lelaki itu semakin jelas di pandanganku.

Ya Tuhan! aku terperanjat melihat dirinya. Rupanya begitu hodoh. Badannya dipenuhi ketumbuhan-ketumbuhan kecil. Ketumbuhan itu juga meliputi sehingga ke mukanya. Melihat wajah lelaki itu yang tidak menunjukkan kemarahan bila akumemandangnya sebegitu. Dia lalu membalas dengan senyuman.

“Alhamdulillah sekarang kamu sudah sembuh”. Melihat senyumannya itu aku membalas dengan senyuman yang berat. Mungkin jika pertama kali melihatnya di padang pasir itu aku akan terus lari melihatnya tetapi memandangkan aku menemui sifatnya dan pertolongannya kepadaku lalu aku tidak langsung menghiraukan tentang wajahnya itu.

“Aku lupa menanyakan namamu. Siapakah nama kamu wahai lelaki yang banyak menolong?”

“Nama ku Burhan”.

“Terima kasih kerana banyak menolongku”, dia mendiamkan diri dan hanya tersenyum. Mungkin gembira melihat aku sudah dapat melihat semula.

“Kamu juga harus terus menggunakan ubat yang diberi si Doktor”. Dia mengangkat bekas air dan kain yang dibawanya tadi dan direndamkan ke dalam bekas yang berisi air itu. Di belakangnya itu aku melihat kelibat seorang wanit mengintai di balik tirai pintu bilik. Aku terpandang wajahnya. Cantik. Lalu Burhan menyedarinya lalu memanggilnya ke arahku.

“Ini adikku Surya Kenanga”, gadis itu tunduk malu. Aku juga tunduk sekadar untuk mengucapkan salam.

“Sudah, hari sudah malam, kamu berehatlah disini dahulu. Esok aku akan menceritakan kamu lagi tentang kampung ini”.

Burhan dan adiknya keluar dari bilik. Aku terbaring kepenatan. Memandang ke lelangit dan memikirkan betapa gembiranya rasa hati. Aku melihat ada sebuah tingkap di sebelah katil. Lalu aku membukanya. Pemandangan malam di kampun Zubassar. Memang terdapat cahaya. Cahaya lampu di pasar yang dikelilingi gunung. Sememangnya gunung itulah yang melindungi kampung ini dengan kepanasan dan pasir dari gurun. Namun angin dingin tak terhalang dari bertiup disekitar kampung pada malam ini. Rumahnya si Burhan terletak di atas bukit tinggi.

Aku terbaring semula di atas katil. Pada aku, perjalananku ini belum lagi menemui penamat. Aku sudah sampai di Kampung ini. Masih banyak lagi perkara yang harus aku lakukan. Aku ingin menemui seorang lelaki di perpustakaan kampung ini. Hal ini pernah diberitahukan oleh Khalis. Lelaki yang sangat baik dengan Khalis sewaktu di Betlehem. Lelaki ini yang mengajarkan Khalis tentang kehidupan juga tentang ilmu kejuruteraan. Khalis juga menceritakan tentang bagaimana kebijakan lelaki itu memajukan Betlehem dan kewajipan seluruh rakyatnya menjaga keaman Betlehem. Lelaki itu juga yang keluar dari Betlehem sebagai wakil tentera menjaga sempadan Betlehem itu. Namun setelah itu namanya sudah tidak lagi kedengaran dan kisahnya tidak lagi diketahui. Khalis mengandaikan mungkin dia berada di Kampung Zubassar ini. Jika aku menemuinya aku akan menyampaikan salam rindu Khalis kepadanya. Aku juga akan menyampaikan berita sdih kematian Khalis kepadanya. Lelaki yang bernama Jailani itulah yang ingin aku cari sekarang ini di kampung Zubassar ini. Mudahan Burhan tahu mengenai lelaki ini. Mudahan pejuang Betlehem bernama Jailani ini masih hidup di sini. Aku terus tertidur di katil dengan merasai kedinginan malam di kampung ini.

*** bersambung

No comments:

Post a Comment