Friday, June 4, 2010

Cersapen 8:namanya Siti Nurbaya

“Anak konsulat itu namanya Siti Nurbaya”, kelihatan beberapa orang tentera sedang memerhatikan sosok seorang gadis yang sibuk memberikan makanan kepada para isteri tentera dan anak-anak mereka. Perbualan mereka itu di dengari Jailani. Sewaktu Jailani masih berkidmat sebagai seorang tentera bawahan di sempadan Betlehem dan negeri Najlidus.

Nama yang cukup cantik didengari seperti juga cantiknya pekerti Siti Nurbaya. Anak seorang konsulat kesatuan negara Islam pada waktu itu. Tidak terlintas di fikirannya bahwa yang dilakukan itu akan mencemar nama baiknya, juga keluarganya. Menjaga kebajikan, memberi makan pada yang lapar, memberi ubat pada yang sakit, memberi kasih sayang pada anak-anak kehilangan keluarga, itu dilakukan bukan kerana ingin menarik populariti atau meningkatkan namanya di kalangan mata-mata tentera yang pasti meliar melihat kelibatnya. Dia langsung tidak menghiraukan semua itu.

Jailani , seorang pemuda yang berbadan kecil pada waktu itu menjadi askar bawahan yang sering dibuli. Bukan kerana kenaifannya tetapi kebijakannya untuk mengelakkan perselisihan bersama tentera yang lain. Baginya ada tujuan yang lebih besar yang sangat memerlukan para tentera untuk bersatu. Dia sering sahaja disuruh mengilatkan kasut tentera yang lebih atas darinya. Dikutuk diherdik dan dimaki itu satu perkara biasa baginya. Dia hanya mendiam dan tekad dengan prinsipnya. Satu hari semua ini akan berhenti juga dan daripada dia beremosi dan lekas menunjukkan egonya pada tentera atasan yang lain sudah tentu pergaduhan dan permusuhan sesama mereka akan berlaku. Sudah tentu saff ketenteraan sudah tidak bersatu-padu dan melemah. Fokus dengan setiap kerja yang dilakukan itulah sikap Jailani sejak dari kecil lagi. Dia mampu bersabar terhadap perlakuan manusia kepadanya. Suatu ketika ada beberapa tentera yang kerap menyuruhnya melakukan kerja-kerja mereka merasa segan pada dirinya. TImbul rasa bahawa diri mereka sebagai tentera atasan sepatutnya lebih bertanggunjawab mengelola keperluan peribadi terpukul dengan sistematiknya kehidupan seorang tentera bawahan seperti Jailani. Jailani mampu menguruskan urusan peribadinya dan juga menguruskan urusan peribadi orang lain. TImbul rasa malu pada diri si tentera atasan. Hendak mengelola kasut dan pakaian sendiri pun diberi pada orang lain, inikan pula mahu mengelola kumpulan bahkan batalion yang lagi besar.

Suatu hari selepas menjalani latihan, semua melepaskan lelah kepenatan di tebing sungai. Ada yang meminum air, membasuh wajah mereka dan mengambil wudhu. Ada juga yang terus menanggalkan pakaian dan terus terjun ke sungai. Jailani ketika itu duduk di tebing batu dimana arus sungai agak deras. Dia mengjulurkan kasutnya ke sungai untuk membasuh selut dan lumpur yang lekat disekeliling kasutnya. Tiba-tiba kasutnya itu terlepas. Arus yang deras dan cepat membawa kasutnya ke hilir. Dengan pantas dia berlari mengikut di tepi tebing sungai. Risau kalau-kalau kasutnya terus hanyut.

Semakin lama kasut Jailani kelihatan jauh terhanyut.Jailani pasrah. Dia juga perlu lekas kembali semula ke kumpulannya. Di dalam fikirannya memikirkan hukuman yang akan dia dapat nanti dan dia menerima sahaja dengan pasrah. Tidak beberapa jauh di hilir sungai kelihatan seorang gadis berjubah putih menunngu di tepi sungai. Kasut Jailani yang hanyut menghampiri si gadis itu dan dengan pantas gadis itu menyambutnya. DIa melihat ke kiri , ke hulu sungai melohat siapakah yang empunya kasut. Kelihatan seorang pemuda yang berbaju tentera tidak beberapa jauh jalan dengan hanya berkasut sebelah. Firasatnya sudah tentu kasut di tangannya itu milik pemuda itu. Dia memanggil pembantunya untuk menyerahkan kasut itu tetapi pembantunya tidak ada. Dengan cepat dia terus cuba memanggil pemuda itu. “Hei, kamuuu!”. Jailani menoleh kearah suara jeritan seorang perempuan yang didengari di belakangnya. Kelihatan seorang gadis berjubah putih mengangkat-ngangkat sebuah kasut. Dia melihat itu, dan dengan gembira dia berlari untuk mendapatkan kasutnya.

“Terima kasih”, Jailani mengucapkannya dengan begitu gembira sekali. Gadis itu melihat tulisan nama di poket kanan tertulis nama Jailani. “Nama saya Siti Nurbaya”, gadis itu memperkenalkan diri. Jailani mengenali si gadis. Nama gadis yang juga mendapat gelaran duta kecantikan keamanan di kalangan para tentera dan keluarga tentera. Jailani malu me”, Jailani mengucapkannya dengan begitu gembira sekali. Gadis itu melihat tulisan nama di poket kanan tertulis nama Jailani. “Nama saya Siti Nurbaya”, gadis itu memperkenalkan diri. Jailani mengenali si gadis. Nama gadis yang juga mendapat gelaran duta kecantikan keamanan di kalangan para tentera dan keluarga tentera. Jailani malu menatapnya. Dia berhadapan seorang yang terhormat di hadapannya. “Saya perlu pergi segera”. Dengan sedikit menunduk isyarat mengucapkan terima kasih dia terus memakai kasut itu dan berlari pantas menuju ke kumpulan tenteranya. Nurbaya terdiam dengan kesopanan pemuda itu. Tidak, dia terpesona dengan pemuda itu terhadap apa yang ada padanya. Pesona yang tanpa disedari membuat dia terdiam dan langsung hatinya mengambil alih untuk memulakan bicara.Hatinya hampir jatuh. Lalu pesona itu terus dimatikan takut terus menusuk pada hatinya. Dia tunduk menggeleng kepala seorang diri. Tidak beberapa lama selepas itu dia naik terus menuju ke kem.

***

Siapa yang tidak ingat akan peperangan itu. Satu peperangan yang dahsyat antara 2 negara yang disebabkan sebab yang sangat kecil. Peperangan yang mengorbankan nyawa rakyatnya hanya disebabkan nafsu pemerintahnya. Satu peperangan yang memberi pengajaran kepada orang-orang yang memiliki kuasa, bahawa tidak semua yang ingini akan dapat diperoleh dengan kekuasaan.

“Saya tidak mahu! minta maaf”, keenganan Siti Nurbaya menimbulkan kemarahan pada ayahandanya. Namun bukan kesilapan ayahandanya. Ayahandanya terpaksa memaksanya berkahwin dengan Sultan Wirza, Sultan Republik Absuyar. Ini bukan dilalkukan dengan sengaja, ini untuk menyelamatkan negeri lindungannya Betlehem. Sultan Wirza menetapkan syarat untuk mengahwinkannya dengan Siti Nurbaya sebagai satu ‘hubungan diplomatik’ dengan negeri Betlehem. Tika itu negeri Betlehem dibawah lindungan konsulat itu.

“Ayah terlalu takut dengan Sultan, apakah apa saja katanya kita harus taat?”

“Kamu tidak mengerti apa-apa Siti Nurbaya. Jika syarat itu tak dipenuhi, keselamatan Betlehem akan terancam!.”

“Biarkan Betlehem dengan kehidupan mereka. Rakyatnya pasti tidak mahukan perlindungan sesiapa. Asalkan tidak ada mana-mana pihak yang menimbulkan kekacauan, semuanya akan aman. Hanya Allah, Tuhan Pelindung segalanya.”, petah Siti Nurbaya berkata. Dia begitu emosi pada waktu itu. Airmatanya ingin tercurah namun dihentikannya untuk menunjukkan dia masih kuat. Jika dirinya dikorbankan untuk sebuah negara, demi beribu-ribu nyawa hidupan di dalamnya maka dia sanggup. Tapi apakah selepas itu dapat menjamin semuanya akan aman, apakah selepas itu dapat dijamin nafsu si Sultan dapat dijinakkan. Apakah pada waktu itu pembelaan pada rakyat akan terjadi. Pada fikirannya tidak sama sekali. Fikiran Siti Nurbaya berkecamuk. Syarat yang ditawarkan Sultan Mirza ditolaknya mentah-mentah. Dia berlalu dari situ meniggalkan bapanya dan beberapa utusan Sultan.

Malam itu dewan konsulat muram. Ayahanda Siti Nurbaya tergumam takut dan putus harapan. Pelabagai sarana dibincangkan untuk megelakkan serangan dari Negeri Absuyar. Sementara utusan keenganan Siti Nurbaya diperisterikan Sultan sudah sampai ke telinga Sultan. Kemurkaannya bertambah. Beliau ingin memulakan peperangan . Beliau ingin melepaskan dendam. Namun, dendam dan cara bagaimana harus dimulakan. Negeri Betlehem dan lain-lain negeri dibawah lindungan konsulat ayahanda Siti Nurbaya sama sekali tidak pernah melakukan permusuhan. Sama sekali tidak ada masalah kurang persefahaman. Negeri yang aman itu, dengan rakyat yang hanya taat pada Tuhan, sama sekali susah untuk diacukan sebab untuk menimbulkan permusuhan. Istana Sultan Mirza juga senyap dengan pelbagai perbincangan. Sultan Mirza akhirnya buntu dan mengumumkan sesiapa yang memperoleh pendapat untuk menimbulkan kekacauan di negeri itu akan mendapat ganjaran darinya.

Suatu petang, tidak sangka petang itu menjadi petang yang menimbulkan tragis di seluruh negara republik Absuyar dan juga Betlehem. Ketika itu, Siti Nurbaya turun mengambil air di sungai untuk diberi minum pada pesakit di klinik sementara di kem tentera. Air yang dibawa melebihi upayanya. Dia terjatuh. Hal itu dilihat oleh Jailani. Dengan segera Jailani membantunya. Lalu timbbullah fitnah disitu. Fitnah yang dibawa oleh utusan SUltan Mirza. Lalu Sultan Mirza menuduh keengganan Siti Nurbaya untuk dijadikan isteri bukan atas sebab negaranya tetapi kerana mempunyai jejaka pilihannya. Ayahanda Siti Nurbaya sangat malu dengan fitnah itu. Ianya lebih mempercayai si anaknya itu. Dia juga geram dengan kenyataan Sultan yang tidak berasa itu. Lalu kekuatannya sebagai konsulat dan maruahnya sebagai pemimpin dan pelindung bagi negeri di bawah lindungannya tercabar. Dia juga malu dengan wakil wakil konsulat yang lain. Dewan konsul mula timbul huru-hara, mula menunjukkan sikap tidak mempercayai antara satu sama lain. Ayahanda Siti Nurbaya bingung. Mula sedih dengan ujian dan dugaan ini. Segera pada malam itu dia bertahajud dan bermunajat pada Allah. Dia longlai di tikar sejadah. Air matanya tidak mampu bertakung lagi. Dia cintakan anakandanya, dia tidak mahu anakandanya terlibat dengan krisis yang melanda hidupnya. Tidak tersangka keadaan jadi begitu rumit sekali.

Namun dengan sebulat tekad dia ingin menjernihkan semua ini. Segera pada malam itu juga dia menemui Siti Nurbaya. DIa mengetuk biliknya pada malam itu. Siti Nurbaya membukanya. Dengan berpakaian telekung putih, matanya tampak berair-air dan kemerahan.

“Ada apa ayahanda?”

“Ada hal yang penting untuk dibicara”

“Hal apa?”, Siti Nurbaya bingung.

“Mahukah kamu aku nikahkan dengan si tentera?”

Siti Nurbaya terkejut dengan pertanyaan ayahandanya itu. Dia terdiam. Hatinya berkecamuk.

“Jika itu jalan yang baik, saya terima.”

Pagi itu ayahandanya memanggil Jailani ke bilik konsulatnya. Tidak ada orang yang diizinkan masuk bersamanya. Persoalan yang sama ditanyakan pada Jailani. Jailani benar-benar terkejut. Dia juga tidak mahu apa-apa terjadi pada negerinya, Betlehem. Dia juga kurang faham apakah perencanaan si konsulat negara itu. Jawapan yang sama diberikan padanya.

“Jika itu jalan yang baik, saya terima.”

Keduanya dipertemukan dengan ikatan pernikahan.Berita itu mengejutkan seluruh negeri. Berita itu mengejutkan republik Absuyar.Si ayahandanya ingin memerhatikan keadaan Sultan. Dia mahu memerhatikan apakah keegoan Sultan masih memuncak jika hajat nafsunya tidak tercapai. Dia mahu membuktikan pada Sultan kekuasaan bukan satu hal yang boleh membuatkan kita melakukan sewenang-wenangnya.

Berita itu menggemparkan Istana Sultan Wirza. Sultan Wirza merasakan maruahnya benar-benar tercabar. Ingin sahaja dia meletuskan peperangan. Tetapi apalah yang terjadi pada statusnya sebagai seorang sultan sekiranya ingin mencetuskan peperangan hanya kerana sebuah perkahwinan. Yang tidak dapat diterimanya bahwa Siti Nurbaya hanya dikahwinkan dengan seorang tentera berkelas rendah. Menunjukkan bahwa diri pemuda itu lebih baik darinya. Kemarahannya meluap-luap. Dia seakan gila di ruang tempatnya bersemayam. Malam-malam yang dilaluinya tidak lagi teguh duduk di tempatnya bersemayam. Dia selesa meratap di bilik. Sultan Wirza yang menguasai sebuah republik yang kaya dan luas, kalah dan lemah dengan keadaan ini.

Begitulah titik pertemuan Siti Nurbaya dan Jailani. Pada waktu pertemuan pertama cintanya berputik. Tapi setelah perkahwinan yang indah ini cinta mereka bedua berputik kembali tapi ini lebih indah. Mereka dapat merasakan ada sesuatu yang dahsyat akan berlaku. Namun, mereka seolah siap dengan segala yang akan terjadi. Inilah cinta Siti Nurbaya dan Jailani. Cinta yang dimemorikan dalam sejarah Betlehem. Cinta atas kelemahan dan kekalahan Sultan Wirza. Membuktikan kedudukan, kekuasaan dan kekayaan bukanlah segalanya.

“Takdir Allah, siapapun tidak dapat menghalang.”

“Jika kamu mengharapkan sesuatu yang baik, lalu kamu serahkan semuanya pada Allah, pasti Allah akan membantumu, memudahkan jalanmu untuk menemukan sesuatu yang baik dalam hidup kamu”, Jailani teringat kata-kata ini yang di katakan nya pada hari pernikahannya dengan Siti Nurbaya.

...bersambung

No comments:

Post a Comment