Saturday, May 29, 2010

cersapen 7: Biskut hati

(sorry ingat nak tambah lagi sikit cerita ni tentang ummi si Laila, tapi sangat malas nanti akan ada sambungannya InsyaAllah)



“Ting!”, bunyi ketuhar berdenting menandakan sesuatu yang dimasak sudah siap dimasak. Laila mengeluarkan dulang yang dimasukkan sebentar tadi ke dalam ketuhar itu perlahan-lahan menggunakan sarung tangan memasak. Asap berkepul-kepul keluar ketika pintu ketuhar itu dibuka. DUlang itu diangkat dan dengan berhati-hati diletakkan di atas meja. Dia meniup-niup dan mengibas-ngibas asap di dulang itu dengan tangannya. Lalu, dia mencium kewangian masakannya itu. Seperti berpuas hati sendiri dengan masaknnya itu, dia tersenyum seorang diri.

Di atas dulang itu terdapat beberapa biskut tersusun rapi bewarna coklat. Biskut berbentuk hati.Cantik. Laila mencuba membuat biskut yang baru di belajarnya melalui buku resipi. Biskut itu dibiarkan sejuk di atas meja. Lalu dia mengemaskan barang-barang yang digunakannya tadi untuk memasak. Setelah siap mencuci dan menyusun semua peralatan di rak, belum sempat biskut itu sejuk, dia meletakkan beberapa keping ke atas piring. Lalu di bawanya biskut itu ke ruang tamu.

“Abi, abi, rasalah biskut yang Laila baru buat ini”. Jailani yang dari tadi tekun membaca buku sedikit terkejut mendegar namanya dipanggil. Laila begitu teruja mempersembahkan biskut yang dibuatnya. Jailani tersenyum. Dia meletakkan cermin matanya ke atas meja dan mengambil biskut yang di buat oleh Laila itu.

“Auh, auh”,Jailani terasa kepanasan di jarinya saat memegang sekeping biskut. Ternyata biskut itu masih panas. Belum beberapa lama biskut itu berada di tangannya, dia terlepas biskut itu kerana panas. Biskut itu jatuh ke lantai. Jailani memandang Laila. Dia menggelengkan kepala. Laila terkejut. Dia tersenyum tawar dan cuba mengankat tanganya menunjukkan isyarat meminta maaf. Jailani tersenyum. Laila meletakkan piring biskut yang masih di tangannya di atas meja dan mebgambil biskut yang jatuh di lantai itu. Dia cuba mahu membuangnya ke luar. “A a, tak mengapa. Biarkan saja di sini. Nanti Abi akan makan”, Jailani menegah Laila untuk membuang biskut itu. Laila meniup-niup biskut itu lalu diletakkannya kembali ke atas piring itu. Dia lalu duduk berhampiran si Abinya.

“Benarlah kata orang bahawa sabar itu nikmat. Ketika sabar menunggu biskut siap dimasak, nikmatnya datang bila melihat ianya sudah cukup masak. Ketika sabar menunggu biskut sejuk dahulu sebelum panas, nikmatnya datang bila ianya dapat masuk ke mulut sebelum melecurkan tangan”, Laila membicarakan gurauan sabar pada Jailani. Jailani faham dengan gurauan itu. Dia tersenyum menampakkan giginya.

“Laila juga perlu sabar menunggu biskut ini sejuk dahulu sebelum menunjukkan pada Abi”

“Kalau begitu nikmatnya nanti akan hilang bi”

“Tak hilang, malah riaknya juga makin kurang”, jelas Jailani. Ketawanya seorang melihat telatah si Laila sementara Laila berkerut dan memuncungkan mulut. Tetapi selepas itu Laila mula tersenyum kembali. Laila kembali ke dapur membuat air. Lalu, biskut yang sudah sejuk di atas meja dimasukkan ke dalam bekas. Air yang siap dibancuh di bawa ke ruang tamu untuk dihidangkan pada Jailani. Petang itu, Laila dan Jailani minum bersama. Berbual dengan banyak perkara. Tentang kisahnya Jailani. Tentang kisahnya Laila. Hampir setiap hari, penuh dengan kisah-kisah masing-masing. Curahan kasih sayang antara Jailani dan Laila tak seperti rapuhnya biskut berbentuk hati si Laila.

Tidak beberapa lam selepas itu Laila terdiam. Jailani sudah menegerti keadaan pelik si anaknya sejak beberapa hari yang lalu. Selalu berasa resah, sedih namun tetap berusaha keras menolong dan menggembirakan hatunya dan orang lain.

“Lailaku, kamu nampak sedih. Apakah ada bicara yang lain mahu disampaikan pada abi?”

Laila terdiam. Cawan air yang ingin dihirupnya tadi perlahan diletakkan di atas pengalas cawan. Seketika selepas itu, air matanya menitis. Lalu mencurah. Bunyi teresa-esak mula keluar dari mulutnya tapi masih ditahannya. Sepertinya tangisan ini sudah lama dipendamkan. Mungkin kerana takut. Mungkin kerana bimbang. Hanya Allah yang mengetahui rahsia hatinya.

“Abi, Laila rindu ummi!”, tidak beberapa lama selepas itu Laila menguatkan hati untuk memulakan kata-kata.

Jailani terdiam. Tidak tahu ingin mengatakan apa-apa. Matanya mula berkaca. Kasihan melihat Laila. Dia juga simpati pada dirinya. Masakan tidak isteri yang sangat disayanginya sudah tiada berada disampingnya. Anak-anaknya yang lain tidak ada lagi disekelilingnya untuk menjadi pengubat. Tiada lagi untuk menjadi pembantu untuk kerja-kerjanya yang berat lagi membebankan. Keluhan tidak ada siapa yang mendengar. Hanya senyuman tulus dari mulutnya ketika dalam keadaan apapun yang mudah-mudahan jadi penghilang luka di hatinya.

“Abi juga.”

Lalu, kedua-dua mereka terdiam meluahkan tangis masing-masing. Pada Laila ada cerita disebalik kematian umminya. Lebih lagi pada Jailani. Kematian isterinya bukan sahaja menghilangkan cintanya malah maruah diri dan bangsanya.

***

..bersambung

No comments:

Post a Comment