Saturday, July 10, 2010

Cersapen 10 :Finale

Pagi itu, ada titipan makanan sudah tersedia di meja sebelah katil tempat aku tidur. Selesanya tidur dalam kepenatan membuatkan terik Matahari yang mengejutkanku. Di luar tingkap, Kampung Zubassar masih tak ubah pesonanya. Aku mahu keluar dari bilik ini. Menyelinap ke luar mahu melihat apa yang dikerjakan Burhan pada pagi ini.

Ketika keluar di luar rumah, aku telihat Burhan sibuk memberi makan pada kudanya. Kelihatan adiknya, Surya memberi makan pada ternakan yang lain. Menyedari kehadiran ku di belakang mereka, Surya cepat-cepat menyelesaikan tugasnya lalu beredar masuk ke dalam rumah. Burhan pula menyapa aku dengan senyuman.

“Kamu sudah bangun? Nanti kamu bersiaplah, akan aku bawa kamu berjalan disekitar Kampung ini.”

Burhan sangat baik. Aku menemaninya melakukan tugasnya itu. Sambil itu kami banyak berbual. Tentang kuda. Bagaimana menjaganya, mengelakkannya dari terkena penyakit, teknik membiak dan lain-lain. Bicara perihal kuda buat kami jadi akrab. Biarpun wajahnya yang hodoh itu, buat aku terus jadi senang menatapnya. Ini mungkin kerana air mukanya yang tampak tenang dan menyenangkan.

***

Laila mengemaskan bajunya. Dia cepat-cepat memasukkan baju ke dalam begnya. Terburu-buru. Dia tidak menyedari kehadiran Jailani yang menolak kerusi roda menghampiri biliknya.

“Kamu mahu ke mana Laila?”

Dengan lembut Jailani menanyakan wanita penuh emosi di hadapannya itu.

“Laila rindu sangat sama Ummi, Laila mahu ketemu dia. Laila mahu melihat pusaranya”

Sudah, selesai sahaja menjawab, bertambah keluar air mata mencurah-curah di pipinya. Laila anak yang tak pernah meilhat kehidupan luar itu sebenanrya takut namun cuba menguatkan diri untuk berhadapan dengan itu. Kerana tidak tertahan lagi dengan kerinduan. Ini salah si Abinya, Jailani. Sering ungkapkan memori-memori indahnya bersama sang isteri, Siti Nurbaya. Penceritaan yang indah hinga Laila yang tidak pernah berjumpa dengan ibunya jadi pekat rindunya dari hari-ke hari.

“Jadi abi ikut.”

Laila menoleh ke arah Jailani. Berhenti esakannya sejenak. Terus dia meluru ke arah abinya dan memeluk. Esakannya kembali semula. Jailani yang terduduk di atas kerusi rodanya itu tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya ingin menunjukkan Laila pada ibunya. Padahal siapa lagi yang mengenalinya di kampung itu? sejarahnya sudah lenyap di sana. Cukuplah memori lalu, kisah penderitaan yang telah lama di lenyapkan dalam fikiran itu menjadi pelajaran hidup bagi dirinya. Dia juga tidak mahu Laila menjadi seperti dirinya. Padanya Siti Nurbaya bukan hanya seorang ibu. Bukan hanya seorang wanita pelengkap batin sang suami. Siti Nurbaya penyelamat negeri Betlehem yang namanya yang cukup indah sanggup diperendahkan darjatnya oleh orang-orang yang mendapat pertolongannya dahulu.

“Memang setelah menikah, semuanya akan terasa indah. Tapi mampukah indah itu akan bertahan lama?”, seorang guru menanyakan soalan ini pada Jailani. Ketika berbual dengannya selepas akad nikah berlangsung. Jailani terdiam. Dia yang selama ini hanya melihat Siti Nurbaya dari jauh, akan mendapati wanita itulah yang akan paling hampir pada dirinya. Paling lama akan menemani sisa hidupnya.

Malam itu, Siti Nurbaya menanyakan pada Jailani.

“Apek, selain mencintai saya, apa ada yang lain yang kamu cintai”

Soal Siti Nurbaya pada Jailani. Apek nama timangan yang diberikannya pada Jailani. Mungkin kerana matanya seperti orang di Cina.

“Ada”

Jailani menjawab dan memutuskan jawapannya tanpa penjelasan

Siti Nurbaya runsing mula menampakkan cemburu di wajahnya

“siapa?”

“Betlehem dan seluruh isinya”

Jailani tersenyum. Penduduk kecil yang merasakan beban negaranya itu terbeban pada dirinya. Dia bukan siapa-siapa pada Betlehem. Dia bukan menteri. Hasil kekayaannya juga tak tergantung pada Betlehem. Bahkan cintanya melebihi orang-orang yang dihadapan yang dikatakan hero untuk Betlehem itu sendiri.

Siti Nurbaya yang merasakan ada orang lain yang dicintai Jailani, malu. Rupanya itu adalah negeri Jailani sendiri. Lalu dengan perlahan dia mengatakan.

“Saya juga mencintai apa yang kamu cintai”

Jailani tersenyum dan menyambungkan ayatnya.

“Tetaplah yang paling utama Allah dan Rasul”

Indah. Pertemuan dan perbualan pertama indah. Sehingga Jailani jadi lupa apa yang dinasihatkan oleh seorang guru pada petang tadi.

Suatu hari Siti Nurbaya melalui kamar mesyuarat ayahandanya. Melihatkan keadaan meja yang tidak kemas itu, Siti Nurbaya masuk untuk mengemaskannya sendiri. Biasanya akan ada orang yang akan datang mengemasnya yang telah diupah ayahandanya. Tetapi mungkin satu mesyuarat baru sahaja tamat hingga tak disedari penyelia kebersihan kamar mesyuarat itu. Sedang mengemas fail-fail yang bersepah di atas meja, Siti Nurbaya bertemu dengan satu fail aneh. BUkan keadaan fail itu yang aneh namun tajuk hadapannya, “SULIT”.

Siti Nurbaya membuka fail tersebut. Membacakan bahawa intinya meliputi penambah baikan dewan konsulat dan negara bawah naungannya, Siti Nurbaya tidak hairan. Namun, ada satu perkara mengejutkan Siti Nurbaya. Pelan untuk melenyapkan Betlehem. Terus di fikirannya mengenangkan apa yang dikatakan Jailani pada malam tadi. Dia terus mengambil fail itu dan membakarnya. Hal itu tidak mudah untuk bisa tamat di situ. Seluruh dewan konsulat gempar dengan kehilangan fail “sulit” itu. Ayahandanya mengesyaki Jailani yang melakukan semua ini. Namun, dia berjumpa dengan Siti Nurbaya. Jelaslah Siti Nurbaya yang melakukan semua itu. Ayahandanya bingung dan runsing. Jiwanya jadi kacau. Siti Nurbaya memarahi ayahandanya. Tidak disangka ayahandanya punyai niat buruk pada Betlehem. Ayahandanya memarahi akan tindakan melulu Siti Nurbaya. Kerana melakukan sesuatu tanpa memikirkan kesannya dahulu. Di dalam majlis konsulat itu, ayahadanyalah yang tampak banyak mempersoalkan tentang pelan ‘sulit’ itu berbanding ahl majlis-majlis yang lain. Melihatkan keadaan yang buruk ini terjadi, pasti ayahandanyalah yang akan lebih disyaki akan kehilangan fail itu. Sekiranya ayahandanya dibuang dari majlis konsulat itu bererti pelan itu masih akan diteruskan tanpa ada lagi orangyang akan mempersoalkannya. Melihatkan keadaan yang buruk akan berlaku. Dia menyarankan agar Siti Nurbaya dan Jailani lari dari situ. Jailani dan Siti Nurbaya lari berpindah ke Kampung Zubassar. Siti Nurbaya jelas menceritakan keadaan yang berlaku. Jailani tahu perbuatan Siti Nurbaya itu salah namun, itu juga buat dia jadi kagum pada tindakan Siti Nurbaya.

Hubungan mereka benar-benar tidak lama. Siti Nurbaya meninggal dunia ketika melahirkan Laila. Laila dibawa keluar oleh Jailani dari Kampung Zubassar kerana tidak mahu kenangannya mebawa kepedihan pada hidupnya. Lalu Jailani menubuhkan maktab As-Syakirin. Berpuluh-puluh tahun maktab itu membesar seiring dengan Laila

Lalu hari ini, Jailani kembali ke Kampung Zubassar bersama Laila. Padanya dia ingin merasai kembali memori lukanya yang telah pun lama padam.

***

“Kamu kenal dengan Jailani?”, aku cuba menanyakan hal ini pada Burhan.

Burhan seolah tidak menjawab pertanyaanku dan terus melakukan kerjanya memebrsihkan ekor kudanya.

“Lelaki itu, aku sudah lama tidak menemuinya. Mungkin sudah lama dilupakan oleh Kampung ini.”

“Penduduk kampung ini membencinya?”

Burhan mengangguk.

“Dia mengatakan padaku untuk meninggalkan kampung ini kerana tidak mahu mengenangkan isterinya. Namun aku tahu apa maksudnya”

Aku bingung. Tidak tahu apa yang dikatakan Burhan.

“Isterinya itu anak konsulat negara yang ada masalah. Ketika mereka tinggal disini, kampung ini sudah tidak aman lagi. Bukan sahaja askar, malah penyamun dan lanun yang berniat jahat juga masuk ke kampung ini”.

“Jadi, Jailani tidak ada di Kampung ini?”

“Tetapi hati aku masih tetap di sini!”, seorang lelaki yang berkerusi roda tiba-tiba muncul dari arah belakang bersama seroang gadis yang menolaknya di belakang.

Burhan nampak sangat terkejut. Dia terus memeluk lelaki itu. Mencium-cium tangan lelaki itu.

“Ini Laila anakku”,lelaki itu memperkenalkan anaknya yang bernama Laila pada Burhan.

Burhan menatapnya sebentar, selepas itu dia menoleh padaku dan memperkenalkan lelaki itu

“Inilah Jailani yang kau cari”.

Aku gembira dapat bertemu Jailani. Setelah meminum bersama dan berbual dengan Burhan dan Jailani. Burhan meminta diri untuk menyambung kembali kerjanya. Burhan adalah anak murid Jailani ketika Jailani menjadi guru di Kampung Zubassar dahulu. Pemergian Jailani dari kampung itu juga hanya diketahui oleh Burhan. Burhanlah yang memahami keadaan Jailani ketika itu.

Aku langsung ingin bertanyakan pada Jailani tentang Betlehem. Jailani terdiam. Dia meletakkan cawan yang dipegangnya dan menghembus nafsnya perlahan-lahan.

“Betlehem itu sudah tidak ada. Negara itu tidak pantas untuk wujud”.

Aku bingung, kecewa. Apakah ini pejuang yang akucari-cari selama ini. Dia seolah memutuskan harapan aku selama ini. Jailani menyambung cerita.

“Apakah kamu sanggup ketamakan itu berleluasa hanya kerana sebuah negeri yang tidak ada apa-apa? Jikalau kita ini pejuang negeri, pejuang pada bangsa, namun belum tentu lagi kita mampu menjadi penyelamat nyawa dan penduduk seisinya. Cukuplah nostalgia negeri itu dibangun dengan sangat megah. Kemegahan negeri itu (Betlehem) tidak ada ertinya kalau penduduknya terhina, ketamakandan kedengkian berleluasa. Saya melihat kekejian melingkar di hadapan mata. Ianya buat hati saya sesak. Naluri jadi sebak.”

“Lalu apa yang harus saya buat?”

“Nilai kamu sebagai penduduk Betlehem jangan pernah pudar. Kerana Betlehem itu pasti sentiasa akan wujud walau tak nampak di hadapan mata orang lain kecuali di mata hati kamu. Teruslah berjuang di pihak kebenaran sampai ada kuasa yang memanggil kamu menghadap. Nikmatilah segala nikmat yang kamu ada dengan rasa syukur dan cukup, kamu akan dapati nikmat-nikmat itu akan bertambah selama mana kamu rasa cukup.”

Mungkinkah pencarian aku pada Betlehem akan berakhir?. Bererti untuk mendirikan Betlehem dengan kemegahan tidak pantas untukku. Aku selamanya akan sesat di negeri lain. Mencari seseorang yang dapat mendokong perjuangan aku ini bukan mudah. Inikan untuk membentuk sebuah negara sesempurna Betlehem. Kalaulah Betlehem yang aku duduki itu tanahnya suci berbau syurga. Pasti akan lebih ramai yang mati untuk mempertahankannya.

“Pang”

Seketika aku rasa telinga berdesing. Aku membuka mata memandang cahaya lampu yang menyilaukan

“Bangunlah Mat! Subuh dah nak habis ni”, Ali rakan sebilikku mengejutkan aku.

“Kau kejut aku kasar sangat laa, berdesing telinga aku kau tampar muka tadi. Kalau berdarah telinga aku macamana?”, aku merungut pada Ali.

“Itu paling lembut yang aku pernah buat nak kejut kau Subuh tahu. Punyalaa susah nak gerak Subuh. Kasi penampar sikit biar hilang pendegaran tu, bila dah tak dengar baru laa kau rasa bersyukur sikit. Pastu takde laa nak kantoi Subuh memanjang.”, kata-kata Ali yang sangat pedas itu aku tidak langsung mempedulikan. Aku terus mengambil wudhu.

“Kau dah solat?”, aku menanyakan Ali.

“Belum, tunggu kau.”

Kami langsung berjemaah bersama. Kepenatan mengikuti program perkemahan 2 hari yang berakhir malam tadi masih tidak hilang lagi dari badan aku. Aku tidur awal selepas Isyak malam tadi. Huh.

Selesai solat, kami mengalunkan zikir mathurat bersama.

“Malam tadi aku tengok kau syok giler tidur. Kejap aku tengok kau muka sedih, kejap aku tengok kau senyum waktu tidur. Pelik. Kau mimpi apa malam tadi?”

Aku hanya tersenyum.

“Takde peperlah. Jom breakfast!”, aku mengajak Ali bersarapan setelah itu.

Huh, mimpi kesesatan aku malam tadi yang sangat panjang. Aku fikir akan mimpinya berlanjutan hingga aku dapat menikahi salah seorang gadis tadi. Laila atau Surya?. Namun, terhalang oleh tamparan Ali di muka aku tadi. Huh, mudahan aku akan sesat lagi dalam mimpi selepas ini.

END. :)

1 comment: